Tuesday, June 16, 2009

Kursus Kepimpinan Mahasiswa Pahang 2009



Pada 19-22 Mei 2009, Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang telah menganjurkan Seminar Kepimpinan Mahasiswa Pahang 2009 bertempat di Cameron Highlands. Seminar ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran berpesatuan dikalangan wakil-wakil khas universiti dan juga memberi persediaan kepada bakal pemimpin untuk memimpin persatuan-persatuan anak Pahang di universiti masing-masing.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang YB.DATO' WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL, DIMP., SMP., AMP.

Antara penceramah yang hadir memberi syarahan ialah YB. Norol Azali Bin Sulaiman merangkap ADUN Kawasan Guai, En. Mustapha Bin Long merangkap Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, penceramah stesen radio HotFM dan pensyarah UiTM Terengganu, Prof. Madya Hj. Md Izuddin Bin Haji Ali, En. Tajol Ariffin Adam kakitangan UiTM Shah Alam, Ustaz Khairul Anuwar Bin Abu Bakar A.M.P dan juga Mantan-mantan Presiden MAMPAN diantaranya En. Wan Emril Nizam Wan Embong, En. Ali Bin Razak

Berikut adalah sedikit gambar program tersebut

Untuk muat turun penuh klik di sini
atau copy link ini http://www.box.net/shared/vr0ld39zna










2 comments:

  1. salam...dah lama x dengar xtvt mampan..siapa d latest MKM..blh tlg publish skit..selain dr ni apa lagi recently xtvt?

    x-mampan

    ReplyDelete
  2. salam...

    nk tnye sikit..cmne nk join MAMPAN n ea..sy pun mahasiswa gak

    ReplyDelete