Tuesday, June 16, 2009

Kursus Kepimpinan Mahasiswa Pahang 2009



Pada 19-22 Mei 2009, Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang telah menganjurkan Seminar Kepimpinan Mahasiswa Pahang 2009 bertempat di Cameron Highlands. Seminar ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran berpesatuan dikalangan wakil-wakil khas universiti dan juga memberi persediaan kepada bakal pemimpin untuk memimpin persatuan-persatuan anak Pahang di universiti masing-masing.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang YB.DATO' WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL, DIMP., SMP., AMP.

Antara penceramah yang hadir memberi syarahan ialah YB. Norol Azali Bin Sulaiman merangkap ADUN Kawasan Guai, En. Mustapha Bin Long merangkap Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, penceramah stesen radio HotFM dan pensyarah UiTM Terengganu, Prof. Madya Hj. Md Izuddin Bin Haji Ali, En. Tajol Ariffin Adam kakitangan UiTM Shah Alam, Ustaz Khairul Anuwar Bin Abu Bakar A.M.P dan juga Mantan-mantan Presiden MAMPAN diantaranya En. Wan Emril Nizam Wan Embong, En. Ali Bin Razak

Berikut adalah sedikit gambar program tersebut

Untuk muat turun penuh klik di sini
atau copy link ini http://www.box.net/shared/vr0ld39zna










Selamat Datang


Assalamualikum dan salam sejahtera kepada para pengunjung. Blog Majlis Mahasiswa Anak - Anak Pahang ini terbuka buat semua warga anak negeri Pahang Darul Makmur. Blog ini di buat khas untuk para mahasiswa mahasiswi berkumpul dan berkongsi pendapat dan padangan bertujuan untuk kemakmuran dan kemajuan tanah air dan demi masa depan Negeri Pahang Darul Makmur. Semoga saudara dan saudari menggunakan kelebihan yang diberikan ini sebaiknya. Wassalam.